Rabu, 29 Ogos 2012
Rabu, 15 Ogos 2012
Sabtu, 4 Ogos 2012
Sabtu, 2 Jun 2012
Kejohanan Futsal Bawah 15 Tahun Jiran Sepakat , Taman Pelangi Rawang
Buat pertama kali Persatuan Jiran Sepakat tamanku menganjurkan Kejohanan Futsal Bawah 15 Tahun Jiran Sepakat. Semua anak-anakku turut serta .
Sabtu, 17 Mac 2012
Majlis Pernikahan & Majlis Perkahwinan Anak Sulong Abang Longku Zirwatul Huraizah Binti Jaslenda
Sabtu 17 Mac 2012 ,
12.00 pm – ketibaan pengantin & rombongan pengantin lelaki
12.10 pm – bacaan doa
12.20 pm – acara menepung tawar
- 5 orang wakil dari keluarga lelaki
- 5 orang wakil dari keluarga perempuan
1.00pm – upacara bergambar
- bersama keluarga pengantin lelaki
- bersama keluarga pengantin perempuan
1.20 pm – majlis makan beradab
1.45 pm – acara memotong kek
2.00 pm – ucapan penghargaan dari kedua ibubapa pengantin perempuan
2.15 pm – pasangan pengantin menghantar rombongan keluarga pengantin lelaki pulang
2.30 pm - majlis beramah mesra pasangan pengantin bersama tetamu jemputan
4.00 pm – majlis bersurai
Isnin, 19 Disember 2011
Jumaat, 16 Disember 2011
Cuti-cuti Malaysia - Jelajah Utara ( 11 Dec - 14 Dec 2011 )
Rawang >>> Padang Besar >>> Wang Kelian ( Thailand) >>> Kangar >>> Kuala Perlis >>> Langkawi >>> Alor Star >>> Penang >>> Rawang
Alhamdulillah, program kami cuti-cuti Malaysia jelajah utara (Rawang - Padang Besar - Wang Kelian ( Thailand) - Kuala Perlis - Langkawi - Kuala Perlis - Alor Star - Penang - Rawang) dalam masa 93 jam dengan selamatnya. Satu pengalaman yang tak disangkakan ketika naik feri nak ke Penang saya dsekeluarga dipelawa oleh Keptan fari untuk naik ke kabin .Di sini kami dapat melihat bagaimana feri dikemudi dan dapat melihat pemandangan Penang waktu malam serta pemandangan indah jembatan Penang. Menurut krew feri orang awan tak boleh naik ke kabin tapi sebab kita orang bernasib baik dapat pelawaan dari keptan feri.
Sabtu, 19 November 2011
Lepak kat HR Steak House Kg Baru
Sambut belated celebrate anniversary kat HR Steak House Kg Baru sambil menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia melawan Myanmar.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Asalammualaikum
Kepada : Semua
Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Tulus Ikhlas Dari
Jasazami, Shahidah,
Syafiq, Syifaa’
& Syakirah .
Sabtu, 6 Ogos 2011
Kami Buka Bersama
Sabtu , 6 Ogos 2011 - Hari ni berbuka puasa satu keluarga setelah 6 hari berpuasa kerana along balik cuti hujung minggu. Biasalah tempat pilihan setiap tahun berbuka puasa di Perangsang Templer Golf Club. Di sini ada berbagai jenis masakan yang disediakan. Hanya larat makan 1/10 aje jenis masakan dan pencuci mulut .
Jumaat, 29 Julai 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum
Kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kapada adik beradikku ,sanak saudara dan semua . Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti, lebih bermakna dan lebih segala2nya dari Ramadhan yg lalu.
Kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kapada adik beradikku ,sanak saudara dan semua . Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti, lebih bermakna dan lebih segala2nya dari Ramadhan yg lalu.
Selasa, 7 Jun 2011
Bersantai Bersama Keluarga di I-City Shah Alam
Isnin 6 Jun 2011 - Bersantai bersama keluarga di I-City Shah Alam. Dah lama bercadang nak ke sini disebab banyak perkara dan hal yang perlu diutamakan maka tertunda beberapa kali . Memang indah suasana disini yang diterangi oleh berbagai warna lampu LED dan tambah pula dengan berbagai aktiviti. Anak-anak sungguh seronok terutama bila dapat masuk ke rumah salji, bagaikan berada di kutub utara. Ingankan tak sejuk ..rupa-rupanya sejuk sangat walaupun dah pakai baju sejuk masih terasa kesejukannya terutama ditangan dan muka. Hinggakan kemeraku berkabus bila keluar dari rumah salji , nasib baik bawa 2 kemera bolehlah pakai yang satu lagi. Kalau tak .. tak dapatlah ambil gambar di tempat lain.
Langgan:
Catatan (Atom)